Sunday 7 February 2016

Dua Suspek Pecah Rumah Cedera Ditembak Polis Dungun


DUNGUN: Dua suspek kes pecah rumah cedera ditembak ketika cuba menyerang anggota polis dalam satu kejadian di Kampung Batu Tiong di sini pagi Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.45 pagi itu tiga lelaki dipercayai cuba memecah masuk ke dalam sebuah rumah penduduk kampung itu namun berjaya dikesan pihak polis.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacob berkata ketiga-tiga suspek cuba menyerang anggotanya termasuk seorang yang bersenjatakan kayu dan tembakan terkena kaki kanan salah seorang suspek, manakala peluru yang sama turut terkena bahagian punggung kiri seorang lagi suspek.

"Gerakan memburu salah seorang lagi suspek yang masih bebas sedang dijalankan," katanya kepada media pemberita di sini.

Beliau berkata suspek kemudiannya di hantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut manakala suspek yang cedera ringan di punggung telah dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah Dungun dan ditahan reman untuk siasatan lanjut selepas menerima rawatan. -Bernama/mstar.com.my

No comments: